Friday 23 September 2011

15 "S" ..dalam perkahwinan....


Kita Selongkar Huruf S ... dalam Almari Rumah Tangga......

1. SAYANG - sayang dan kasih.... tiada bertepi.... ewaahh....

2. SERI - Rumah tangga tak berseri jika tiada penghibur... maka .. sama-sama lah jadi penghibur kepada each other ye... solat berjemaah sama-sama... makan bersama-sama... Tidur bersama-sama...
Mandi bersama-sama (ooopppssss....)... karaoke bersama-sama..kat rumah laaa... tak yah la kat luar...

3. SANJUNG - Sanjungi lah satu sama lain... Isteri menyanjungi suami yang penat bekerja sehari-hari.. mencari sesuap nasi.... Suami menyanjugi isteri yang banyak bekorban fizikal dan mental.. mengasuh dan menguruskan rumah tangga semasa suami keluar bekerja....

4. SENYUM - senyum itu sedekah.... Ada pepatah berkata... hanya dengan senyuman... sembuh segala penyakit.... (tapi kalau sakit.. kena lah makan ubat gak..kay)

5. SIMPAN - Simpan sehala kenangan manis bersama suami.... jadikan ia sebagai satu ransangan dan sempadan yang mematangkan alam perkahwinan kita...

6. SANTAI... - Adakan waktu santai bersama Suami isteri dan anak-anak.... gi lah london ke.. paris ke.. new york ke?.... eh..eh.. silap lak.. ahaakkssss.... Dalam negeri pun okay gak.. take time off... smell the fresh air together....

7. SERONOK - Hidup berumah tangga kena seronok beb.... kalau tak seronok tuu.. mesti buat postmortem.... hehe..

8. SEGAN - Kalau nak gaduh... seganlah dengan anak-anak and jiran tetangga.... masuk bilik.. bincang baik-baik... Jangan lah sekampung .. se Taman... boleh dengar cakaran kucing tuuu....

9. SOPAN - hidup bekeluarga kena lah bersopan santun... saling hormat menghormatiii.... yang tua.. hormat yang lebih tua.. yang muda.. hormat pada yang tua.. dan lebih tua... tetapi menyayangi yang lebih muda...

10. SEMPURNA - walaupun ramai yang mengatakan tiada rumahtangga yang sempurna.. but it doesn't hurt to... make your life perfect... alamak.. cakap omputeh la pulak... hehe...

11. SETIA - tanpa ke SETIA an... maka hancurlah satu perhubungan....

12. SUSAH-SENANG - "Susah senang ..kita bersama yanggg...." kata-kata seoarang suami kepada isteri yang baru dikahwini nya 5 jam tadi.... Alin.. tersipu-sipu malu....

13. SURI DI MATA SUAMI... - bidadari dan suri .. pengarang jantung.. gunung meletop suami.... hehe...

14. SELAMI.... (MENYOLAM- bak kata BGD) - selami lah hati masing2... kita semua ada hati dan perasaan ... so... tak salah untuk mencurahkan rasa hati yang terpendam... banyak kan perbincangan dan interaksi sesama sendiri.. cari jalan penyelesaian jika berlaku perbalahan..

15. Sekian.. terima kasih.... haha... kojap.. nak carik idea...


Hadith :
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

(al-Bukhari)

Huraian
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri?

Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi.
Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.

Wallahualam...


 * Ameeza Ann *

No comments:

Post a Comment