Sunday 24 February 2013

Isteri ibarat pakaian suami.. Suami ibarat pakaian isteri...


"Di suatu senja... di musim yang lalu..... ketika itu hujan rintik....kedengaran suara yang serak-serak" ..............


#        "Abang... Ros rasa setakat ini kita bergelar suami isteri... 17 tahun kita bersama... Ros rasa amat terseksa... Abang tak pernah nak paham perasaan Ros... Abang buat Ros ni macam kuli abang... macam kain lap kaki abang.. boleh dipijak-pijak... boleh dibentak-bentak... Boleh dicaci maki.... Boleh disepak terajang sesuka hati.... abang sedar tak Ros ni siapa bang... siapa Ros ni di mata abang? .Ros isteri abang... isteri abang yang abang nikahi .. Isteri yang sepatutnya Abang lindungi..  pernah tak abang sayang dan cinta Ros.... Pernah tak Abang bersyukur Ros ada di samping abang.. Jaga makan minum abang... Jaga anak-anak kita.... Pernah tak????..... Cukup lah bang.. cukup lah setakat ni Ros bertahan dan memendam rasa... Dah kering airmata Ros ni dek menangis setiap malam.... Abang taknak jugak berubah......." 

#     "Safiah... awak tak sayang kat anak-anak kita ke?.. tak kesian ke tengok muka anak-anak kita ni?.. Mereka perlukan awak Safiah. Tak cukup ke apa yang abang bagi selama ni?... Semua abang sediakan untuk kesenangan awak dan anak-anak... Apa lagi yang awak tak puas hati.. Jangan lah pergi Safiah... Macammana abang nak hidup tanpa awak di sisi... Anak-anak kita mesti sedih awak tinggalkan mereka... Kenapa awak dah berubah sekarang.. Tak ingatkan janji-janji awak untuk jadi isteri yang terbaik untuk Abang?... Jangan tinggalkan Abang, sayang......... "


#     "Dah lama dah Tipah bersabar .. Abang kawin satu lagi..senyap-senyap... Tipah masih boleh terima... Abang tidak berlaku adil... asyik ke rumah yang satu lagi.... Tipah masih redha... tapi bila abang dah tidak pedulikan anak-anak... Anak-anak yang masih memerlukan tunjuk-ajar dan kasih sayang Abang... Abang abaikan tanggungjawab pada kami... 3 minggu Abang tak balik... Anak-anak dok mencari dan bertanya mana Abang pegi... Apa Tipah nak jawab Bang... Makan pakai anak-anak pun Abang dah tak hiraukan... Kenapa Bang... Kenapa Abang buat kami macam ni?... Apa salah Tipah... Apa salah anak-anak?.....  Tipah dah tak boleh bertahan lagi Bang... Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..Bang...
Halalkan makan minum kami Bang... Semoga abang  bahagia dengan isteri muda abang tu....... "

#     "Abang kata diam..diam laa.. tak faham bahasa ke?... Kepala abang ni dah serabut.... Serabut sangat sampai nak pecah kepala nii.. awak masih nak membebel yang bukan-bukan... Perkara kecik pun awak nak besar-besarkan... Abang dah muak laa tengok perangai awak ni.. Awak tak faham ke Abang ni penat... Penat nak cari duit.. Siang malam abang berfikir macamana nak besarkan bisnes abang tu... Nak bagi awak dan anak-anak hidup senang.... Tolong lah jangan membebel... berleter tak tentu pasal... Cemburu sangat... Dengar sangatlah cakap kawan-kawan awak tu... Saya ni pegi kerja... bukannya pegi joli sana sini...... "

#     "Abang sakit ke?............ Abang nak makan?............ Abang kenapa ni?.... dari balik tadi saya tengok diam jer.. Abang ada problem ke?......... Saya ada buat salah ke Bang?........ Saya ambikkan air ye........... Abang minum laa........ Apasal ni Bang?............. Cakap laa Bang.... Jangan laa buat saya macam ni Bang.... Abanggg...."


#     "Tak cukup ke Mila sorang Bang... kenapa mesti abang nak cari perempuan lain?.. Abang dah bosan ke dengan saya ni?... Apa yang dah Mila buat salah Bang? .... Betul ke Abang nak kawin satu lagi?.... Abang tau tak hati Mila hancur bila Mila baca SMS dari perempuan tu.. Banyak kali Mila tengok abang chatting kat Facebook...dengan perempuan tu ke bang.... Dia tak tau ke Abang dah kawin... Anak Abang ada tiga.. Baby kita baru 5 bulan Bang... tak kesian ke kat kami??.................tapi.........  Kalau betul abang nak kawin lagi... Mila izinkan..dari Abang membuat maksiat... Mila izinkan dengan hati yang terluka... Mila redha dengan ketentuan Allah ini...... Mila sayang Abang kerana Allah....Mila tau..abang memang mampu beristeri dua...... Tapi tolonglah jangan persia-siakan Mila Bang................"


#     " Ina dah tak kisah Bang.. abang ada ke.. tak ada ke.. sama aje... Abang buatlah apa abang suka... Janji jangan menyusahkan hidup saya dan anak-anak...... Memang dah nasib saya macam ni kan?... Ada suami pun..macam tak ada suami... dari pagi sampai laa ke malam ..asyik keluar aje.. Anak-anak pun dah tak kisah Abang ada rumah ke tak... kalau kat rumah pun asyik laa dengan telefon awak tu... kejap sms..kejap jawab "fon".. Busy sangat ke awak ni? ..Penting sangat ke kengkawan awak tu... IIssshhh.... Penat Ina tengok laa.......tapi.... Jangan nanti awak terbungkang tengah jalan... sorang pun tak tau... baru tau.. Awak panggil laa kawan-kawan awak tu tolong awak ye.. Ina tak pandai bawak kereta...... "


#    " Abang janji sayang... Abang janji tak buat lagi... Abang sayang sangat pada Lin.. Lin lah segalanya untuk Abang.... Abang silap langkah ... Abang ikutkan sangat nafsu Abang ni.. Abang terlampau lemah sampaikan.. Abang nampak perempuan tu cantik, baik.. pandai bermain kata-kata dengan Abang..... tapi.. rupanya.. semua tu godaan syaitan... Alhamdulillah.. Abang dah sedar sekarang... Abang tau.. Lin dah terluka dengan perangai abang ni...tapi.... Berilah abang peluang sekali lagi ye... Insya Allah... Abang akan jadi suami yang terbaik buat Lin... Abang janji....  Maafkan Abang ye..."



*  Begitulah beberapa babak ...corat-coret kehidupan pasangan yang bergelar suami isteri yang berlegar di kalangan masyarakat kita sekarang ini... pelbagai situasi .....dan berbagai punca yang sering mencetuskan perbalahan antara pasangan suami - isteri dewasa ini.  

Suami isteri itu saling melengkapi.... 

Ibarat Pakaian..........

Sentiasa diperlukan untuk menutup aib (aurat) masing-masing. Kalau ada, amat dihargai.. Bayangkan kita cuma ada sepasang sahaja pakaian. Tentulah kita cuci, bila kotor. Kita jahit, bila koyak. Kita gosok, bila komot. Tak kiralah ia murah atau mahal, pasti kita jaga dan lindungi dengan teliti. Kita tetap sayang, dan tetap simpan. Semakin lama dipakai, semakin banyak kenangan, semakin hati-hati kita menyimpannya. Maklumlah, barang lama nilai estetikanya tinggi. Kalau kita tak jaga baik-baik, tentu ada orang lain yang sanggup memilikinya.

*  Di sini ada satu artikel menarik yang dipetik dari Utusan Malaysia...  Mohon baca dan fahami sedalamnya..

PASANGAN adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka atau duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Begitulah diibaratkan pasangan suami atau isteri pasti saling memerlukan antara satu sama lain ketika ditimpa masalah.

Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada diri suami.

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis, sebab itu dalam berumah tangga isteri dianggap sebagai kaunselor peribadi suami.

Dalam situasi sedemikian, suami sangat mengharapkan isteri boleh membantu menyelesaikan keadaan.

Sanjungan isteri setulus hati adalah kunci untuk memikat hati suami dalam membina keyakinannya untuk berkongsi masalah.

Namun dalam situasi begitu ada juga suami yang kecewa apabila isteri hanya akan menentang kelemahan tindakan suami itu.

Menurut penceramah bebas, Dr. Fatma El Zahra, isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira ketika dalam apa jua masalah.

Wanita berketurunan Arab ini menjelaskan, sebab itu wanita sebenarnya memang dikurniakan dengan kelebihan dan satu anugerah dapat membaca dan merasai sesuatu yang unik mengenai pasangannya.

"Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki orang lain. Isteri itu sangat dekat dengan kehidupan suaminya, sebab itu apabila suami kelihatan gelisah dia suka mengetahui sekiranya suaminya itu sedang menghadapi masalah,'' ujarnya semasa Diskusi Keluarga, Bagaikan Cinta Khadijah di hati Rasulullah SAW, di Putrajaya, baru-baru ini.

Katanya, sebagai isteri yang prihatin kepada suami, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami sebaliknya cubalah menjadi kawan dan pendengar terbaik.

"Dekatilah diri si dia, tanya dengan lembut, pasti suami akan rasa selamat dan bersedia untuk berkongsi masalahnya,'' ujarnya yang memberikan tip untuk berkongsi masalah.

Bagaimanapun, dalam situasi ini jangan pula si isteri melebih-lebih memberi idea kepada suami sebaliknya jadilah pendengar yang boleh meredakan masalah kepadanya.

"Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala tetapi dalam masa yang sama jangan sesekali bertindak ibu kepada suami dengan memberikan perintah kepadanya untuk mengikut cadangan kita,'' ujarnya serius.

Bagaimanapun tambahnya lagi, berikanlah kebebasan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri.

Jelasnya, dalam menyelesaikan masalah, isteri boleh membantu suami memperbetulkan dirinya dengan memberikan kebebasan kepadanya.

"Dengan itu, fikirannya boleh berfungsi tanpa diganggu dan semangatnya akan berkobar-kobar,'' katanya.

Jelasnya lagi, isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri kita jangan sesekali melukakan ego dirinya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat-saat dia menghadapi masalah dan kekalahan.

"Jika suami gagal dalam keadaan ini dan terus meruntuhkan imej suami, kesan terhadap personalitinya adalah serius dan menjejaskan keseluruhan kejayaan dalam hidupnya,'' katanya.

Bagaimanapun jelasnya, apa yang lebih bahaya ialah perasaan dendam suami terhadap isteri yang sering menjatuhkan harga dirinya.

"Sesungguhnya, isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami, isteri sebenarnya berperanan membina atau meruntuhkan imej seseorang lelaki.

"Bagi seorang lelaki, apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok atau dinding pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya.

"Dalam perkahwinan yang bahagia tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya, suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa khuatir disakiti hatinya," katanya

(ps: dipetik dari Utusan Malaysia)

Catatan.. Ameeza Ann..

No comments:

Post a Comment